Wednesday 30 November 2016

Titanic dan fizik

Filem titanic sememangnya terkenal bagi yang menggemari filem cinta.Tetapi sebenarnya terdapat unsur fizik dalam filem tersebut.Antaranya ialah kapal itu sendiri telah menggunakan konsep apungan untuk terapung di lautan.Tanpa menggunakan konsep itu,mustahil kapal tersebut akan terapung dan belayar di lautan.Selain itu,kapal tersebut menggunakan enjin untuk menggerakan kapal.Sekiranya kapal tersebut menggunakan angin,ada kemungkinan yang kapal itu sampai ke destinasi agak lewat kalau nak dibandingkan dengan kuasa enjin.Konsep fizik yang seterusnya ialah inertia yang berlaku semasa kapten kapal cuba menggelak daripada melanggar bongkah ais.Semasa situasi tersebut,para penumpang terumbang-ambing sehinggakan ada yang terjatuh kerana momentum yang kuat.Akhir sekali,konsep fizik yang digunakan ialah semasa kapal tersebut terbelah dua.Ini berlaku kerana daya tarikan graviti yang dikenakan ditambah pula dengan berat kapal tersebut yang membolehkan kapal tersebut terbelah dua.

No comments:

Post a Comment