Monday, 28 November 2016

KRISHH 3

Berdasarkan cerita krishh 3, perkara yang berkaitan fizikyang boleh saya lihat dalam cerita tersebut ialah apabila ayah Krishna, en Rohanyang juga merupakan seorang saintis telah melakukan beberapa ekseperimen tentang pengcahayaan, tetapi gagal. Suatu hari, dia telah menemukan cara penyelasaian tentang  eksperimen tersebut. Dia mendapati bahawa cahaya matahari boleh menyebabkan tumbuhan membesar dengan cepat, dengan syarat cahaya yang dipancarkan tidak terlalu banyak kerana apabila terlalu banyak, tumbuhan di dalam pasu tersebut akan meletup. Setela dia menemukan cara penyelesaian tersebut, dia memberitahu anaknya, Krishna yang juga merupakan seorang super hero.

Semasa berlakunya pertempuran, Krishna telah diserang dengan teruk sehingga dirinya lemah. Ayah Krishna telah menggunakan alat yang telah dibuat daripada eksperimen pengcahayaan untuk menyelamatkan anaknya. Tetapi en.Rohan telah menggunakan badan nya sendiri untuk menapis pengcahayaan yang dipancar daripada matahari kepada Krishna sehingga dirinya terburai dan akhirnya mati.

Akhirnya, semasa Krishna ingin menentang musuh, Krishna telah menggunakan alat yang terakhir yang telah ditinggalkan oleh ayahnya dan akhirnya musuh tersebut hancur terburai disebabkan kuasa pengcahayaan yang sangat kuat sehingga menembusi badan musuh tersebut.

-Nur Syahida binti Jamaludin-

1 comment: