Friday, 25 November 2016

BIG HEROES 6

      Bagi saya cerita BIG HEROES 6 adalah cerita menarik yang menceritakan tentang ilmu sains terutama ilmu fizik yang boleh digunakan secara mendalam pada masa akan datang.Cerita ini mengisahkan seorang remaja lelaki pintar yang bernama hiro berusia 14 tahun  yang sangat meminat robot dan mempunyai kemampuan untuk mencipta robotnya sendiri dengan menggunakan ilmu fizik iaitu Servo bearing magnetik.Hiro menggunakan robot yang dianggap tidak mempunyai apa-apa kelebihan untuk memasuki pertandingan pertarungan robot dan akhirnya dia berjaya memenangi pertandingan tersebut.Bagi saya,remaja yang mempunyai kelebihan membuat robot dengan menggunakan konsep fizik adalah remaja sangat hebat dan mempunyai kemahiran berfikir yang sangat kreatif.
       Pada sesuatu hari abangnya yang bernama tadashi telah membawa Hiro ke kolejnya yang diberi nama kolej 'nerd'.Disana hiro diperkenalkan dengan rakan-rakan tadashi,antaraya ialah Go-Go yang mencipta basikal yang menggunakan kuasa pergantungan electromagnetik untuk mengantungkan tayar tanpa menggunakan rantai.Penciptaan basikal dengan menggunakan kuasa pergantungan electromagnetik adalah perkara yang sangat menakjubkan dan saya berharap pada masa akan datang teknologi ini akan digunakan kerana kita tidak perlu lagi menghadapi masalah rantai tercabut ataupun tayar kerkurangan angin.
        Wasabi telah mencipta satu teknologi yang menggunakn laser iaitu plasma laser rangsangan.Dengan menggunakan sedikit magnetik untuk ketepatan ultra,plasma laser rangsangan dapat digunakan secara meluas.Antara kegunaannya ialah memotong sesuatu secara nipis tanpa menggunakan pisau.Teknologi ini amat berguna untuk manusia terutama suri rumah pada masa akan datang.
          Tadashi telah mencipta satu robot yang diberi nama Baymax yang dikenali sebagai jururawat robotik.Baymax telah diprogramkan dengan 10,000 prosedur perubatan di dalam satu cip.Baymax juga dilengkapi dengan kamera hiper-spektrum yang berfungsi untuk mengimbas pesakit.Jangka titanium,Gentian karbon yang mampu memikul 1000 paun telah digunakan untuk memebuat Baymax berfungsi.Baymax akan dicas menggunakan litium ion kerana super-kapasitornya mampu mengecas dengan lebih cepat.Baymax telah dicipta dengan menggunakan konsep-konsep fizik yag sangat hebat.Ilmu fizik amat penting dalam penciptaan sesuatu teknologi.
          Cerita ini juga telah memperkenalkan satu teknologi yang boleh digunakan pada masa akan datang iaitu projek 'silent sparrow' yang menggunkan konsep pengangkutan.Teleportasi digunakan untuk memindahkan objek serta-merta melalui ruang.Saya rasa teknologi ini amatlah bergunakan kerana kita boleh menghantar sesuatu barang tanpa menggunakan kaedah pos,dan barang tersebut akan sampai kepada pemiliknya dalam masa beberapa saat.Malah kita dapat pergi sesuatu tempat yang kita impikan dengan mudah.Agak-agaknya apa yang akan berlaku ya sekiranya semua teknologi diatas digunakan pada masa akan datang? Persoalan ini mungkin akan terjawab 10 tahun akan datang.
                                                                               

No comments:

Post a Comment