Monday, 28 November 2016

MECHANIC : RESURRECTION

MECHANIC: RESURRECTION
Assalamualaikum..
          Kali ini saya ingin berkongsi satu movie yang berkaitan dengan fizik. Tajuk movie tersebut ialah Mechanic: Resurrection. Movie ini mengisahkan Bishop, seorang lelaki yang diberi tugas untuk membunuh beberapa orang musuh utama Crain. Antara musuh Crain ialah Adrian Cook. Adrian Cook tinggal di sebuah apartmen yang sangat mewah dan berada di tingkat paling atas. Apartmennya mempunyai kolam renang yang tersendiri. Melalui kolam renang itu, Bishop mendapat idea untuk membunuh Adrian ketika dia sedang mandi di kolam tersebut. Bishop memanjat apartmen yang didiami oleh Adrian dengan menggunakan tali dan mempunyai ketegangan yang dapat menampung berat Bishop. Bishop membunuh Adrian dengan cara menggerudi kolam renang semasa Adrian berenang di kolam tersebut. Untuk pengetahuan semua, kolam renang di apartmen Adrian berada di tingkat tertinggi tetapi di bawahnya adalah jalan laluan orang ramai. Maksudnya, orang ramai dapat lihat kolam renang tersebut dari bawah. Kolam renang itu retak dan hancur kerana Bishop memasukkan cecair yang dalam meletupkan sesuatu objek. Lubang yang digerudi itu adalah luas permukaan dimana boleh dikaitkan dengan formula P=F/A. Lubang yang digerudi sangat kecil dan menghasilkan tekanan yang sangat tinggi. Oleh itu, isipadu air di dalam kolam tidak dapat ditampung menyebabkan kolam itu pecah. 

No comments:

Post a Comment