Sunday, 27 November 2016

Project Almanac

          Project Almanac ialah sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang budak genius yang bernama David Raskin dimana dia telah mencipta sebuah Mesin Masa hasil daripada penemuan sebuah peti yang ditinggalkan oleh bapanya dibawah rumahnya. David dan rakan-rakannya percaya bahawa ayah David meninggalkan peti itu untuk David supaya dia boleh menyambung penyelidikan ayahnya. Pada mulanya David sendiri tidak percaya bahawa alat yang ditinggalkan didalam peti itu adalah komponen utama untuk mencipta sebuah Mesin Masa. Namun begitu, disebabkan dia telah melihat sebuah video rakaman sewaktu hari jadinya ketika dia berumur 7 tahun, dia percaya bahawa alat tersebut adalah komponen yang sangat penting dalam pembinaan mesin masa. Hal ini kerana, di dalam video tersebut dia mendapati bahawa diri dia pada waktu ini telah berada dalam rakaman video yang telah lama dirakam. Dalam tugasan ini tentulah saya tidak akan menceritakan bagaimana David dan rakan-rakannya mencipta Mesin Masa tersebut, tetapi saya akan mengulas sedikit konsep fizik yang terdapat dalam filem ini.
          Konsep fizik yang saya dapat lihat ialah ketika cubaan David untuk menerbangkan Drone ciptaanya. Untuk menerbangangkan drone tersebut, ia perlu mematuuhi hukum newton dan konsep equilibrium. Ketika dia ingin menerbangkan Drone tersebut, kipas2 yang berada disekeliling drone telah bertindak sebagai daya luar yang bertindak keatas drone dan membantu drone untuk terbang. Jika jumlah daya-daya luar ini dapat mengatasi daya graviti, drone ini akan bergerak keatas dan jika jumlah daya-daya ini sama dengan daya graviti, maka drone tersebut akan berada dalam keadaan statik di udara. Manakala, jika kita ingin merendahkan altitude drone tersebut, kita hanya perlu mengurangkan daya-daya luar tersebut secara sedikit demi sedikit, dan drone tersebut akan turun kebawah dengan perlahan-lahan. Begitu juga jika kita ingin menggerakkan drone kedepan dan kebelakang, kita hanya perlu mengubah sedikit haluan kipas drone tersebut dan meningkatkan daya tersebut mengikut arah yang kita inginkan.
          Sebenarnya banyak lagi konsep fizik yang terlibat dalam filem ini, namun begitu saya hanya mampu mengulas satu daripadanya di dalam tugasan ini.

No comments:

Post a Comment