HI SSCF CREW!
Assalammualaikum semua.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya yang tak seberapa.Pada pandangan saya subjek fizik sangat WOW!!Kenapa ? kerana ia sangat berkaitan dengan kehidupan saya, awak dan kita semua.
Ada beberapa fenomena alam yang nampak mustahil pada pandangan kali pertama tapi hanya ilmu fizik dapat menjelaskan dan menjadikan yang mustahil nampak tidak mustahil.Best kan ?
Saya ingin berkongsi pengalaman saya menyertai pertandingan 'Fun With Physic' di sekolah menengah.Saya diberi tugasan untuk memilih sebarang konsep fizik kemudian mendemonstrasikan satu experiment konsep fizik yang telah dipilh.Jadi saya dan kawan saya memilih tajuk inertia dan melakukan experiment Coin Tower dalam pertandingan itu.Walaupun saya tidak menang , tapi saya teruja melihat pelbagai experiment fizik daripada peserta -peserta lain. Dari situ, ia telah berjaya menarik minat saya dalam fizik .
Kita tengok gambar di sebelah ini .boleh ke dengan pergerakan yang pantas dapat keluarkan syiling yang paling bawah tanpa keseluruhan menara jatuh? Daya geseran syiling akan memihak pada kita atau melawan kita?Jawapannya rahsia!
Okaylah rahsia dah terbongkar.By the way, bak kata Halil sharing is caring .Cara mengeluarkan syiling paling bawah dari timbunan syiling dengan selamat ialah menggunakan konsep geseran dan inertia.
Sir Isaac Newton's first law of motion ialah inertia.Inertia bermaksud satu objek yang dalam gerakan ,kekal dalam gerakan , dan objek dalam keadaan rehat kekal berehat.Maksudnya, syiling yang stabil nak kekal dalam keadaan ditimbun akan duduk di tempat ia ditimbun.Tetapi, apabila kita cuba keluarkan duit syiling bawah, akan ada satu daya luar yang menyebabkan timbunan syiling untuk terjatuh.
Punca syiling tersebut jatuh ialah geseran.Terdapat geseran antara duit syiling bawah dengan timbunan syiling di atas.Oleh kerana terdapat begitu banyak geseran jadi duit syiling bahagian bawah akan membawa duit syiling yang di atas dengan ia,kemudian membawa duit syiling seterusnya dan sebagainya.
Untuk mengatasi jumlah geseran , kita perlu swing pisau di bahagian paling bawah timbunan syiling.Proses ini bergerak pantas, tetapi terdapat banyak tenaga untuk megeluarkan duit syiling bawah.Jumlah daya yang dikenakan untuk duit syiling telah cukup, jadi daya geseran tak boleh menjatuhkan menara syiling itu.
sedikit video serta pantun dari saya.sekian..
https://www.youtube.com/watch?v=TNlh0jnkc9o
Buah cempedak di luar pagar ,
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunujkkan.
xoxo
Khaliesa Amira
#FizikIsAwesome
#UtmIsAwesome
No comments:
Post a Comment