Sunday, 30 October 2016

FRIDAY'S INERTIA


Image result for inertia in bus

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

   Saya merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh di Seremban ketika tingkatan 4 dan 5. Jadi , setiap hari Jumaat , kami semua akan pergi ke masjid luar berdekatan Seremban untuk menunaikan Solat Jumaat. Seperti biasa , pada jam 12;30 p.m kami semua telah berkumpul di dataran sekolah untuk menaiki bas. Setelah menaiki bas , kami sebagai 'senior' semestinya akan duduk di kerusi manakala 'junior' pula akan berhimpit himpit berdiri di tengah bas. Jadi , apabila  bas mula bergerak kami 'senior' akan selalunya dengar daripada mulut pelajar 'junior' seperti ini

         "weh , inertia inertia , tengok bila bas mula bergerak mesti kita nak terjatuh kan"

Melihat gelagat 'junior' yang teruja dengan konsep inertia dimana mereka baru mengenali konsep fizik itu sangat mencuit hati kami kerana ..... kami sendiri ketika tingkatan 4 teruja apabila menaiki bas dan mengalami konsep inertia itu. Dan apa yang lebih melucukan adalah ada sesetengah 'junior' yang terjatuh tapi cuba menyembunyikan rasa malu itu dengan menerangkan dia jatuh kerana inertia. Jadi apa yang saya ingin terangkan lebih lanjut adalah berkaitan INERTIA.

Konsep 'inertia' ini sangat mudah sahaja untuk difahami. 'Inertia' boleh didefinasikan sebagai suatu objek dengan sifat semula jadinya yang menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan rehat atau keadaan gerakan. Seterusnya , 'inertia' merupakan Hukum Newton Pertama.Hukum ini menyatakan bahawa suatu objek dalam keadaan pegun akan terus berada dalam keadaan pegun, atau jika bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap pada suatu garis lurus, kecuali dikenakan suatu daya luar. Dalam situasi kami di dalam bas , pelajar itu sendiri yang mengalami inertia kerana mereka cuba mengekalkan keadaan mereka ketika berdiri(pegun) manakala bas pula bergerak.Sekian sahaja penerengan untuk konsep 'INERTIA' daripada saya.

Terima kasih






No comments:

Post a Comment