Monday, 3 October 2016

Assalamualaikum & hai semua. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

       Pada suatu hari, saya keluar untuk bersiar-siar dengan abang saya di sebuah taman rekreasi. Di taman, kami singgah di sebuah pondok untuk berehat sambil makan ais krim yang dibeli di kedai serbaneka yang berdekatan. Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba saya ternampak kilat, kemudian saya terdengar bunyi guruh pula. Saya rasa sangat pelik kenapa saya nampak kilat dahulu barulah diikuti dengan bunyi guruh itu. Abang saya terangkan kepada saya mengapa hal ini boleh berlaku. Rupa-rupanya, kilat dan guruh sebenarnya muncul bersama-sama ataupun lebih senang faham lagi kedua-duanya ibarat satu pakej. Kita selalu nampak kilat dahulu sebelum dengar bunyi guruh kerana cahaya mengalir dengan laju. Kelajuan cahaya lebih tinggi dari kelajuan bunyi. Oleh itu, segala persoalan yang bermain di kotak fikiran saya kini telah terjawab. โšกโ›…

Sekian, terima kasih. ๐Ÿ’•

๐ŸŒธ Diya ๐ŸŒธ

No comments:

Post a Comment