Pembiasan
Masa kecil-kecil dahulu, saya sering menjamu selera di kedai mamak bersama ayah saya sambil lepak dan santai. Ayah selalu memesan air kosong sahaja sebagai minumannya kerana ingin mengurangkan gula dalam badannya. Setelah sampai air kosong, saya melihat bahawa penyedut minuman itu ibaratkan terputus di permukaan air tersebut. Apabila saya tarik penyedut minuman itu keluar daripada air, ia kelihatan seperti sedia kala. Adakah ianya salah satu daripada magik??Setelah mempelajari fizik, barulah saya tahu mengapa penyedut minuman itu seperti teputus apabila dimasukkan ke dalam air. Ianya disebabkan oleh pembiasan cahaya. Cahaya akan terbias apabila melalui medium yang lebih tumpat. Cahaya daripada sudut tuju adalah lebih besar jaraknya daripada garis normal. Apabila merentasi permukaan medium yang lebih tumpat, sudut cahaya akan merapati garis normal yang diberi nama sudut pembiasan. Sekian.
No comments:
Post a Comment