Wednesday, 5 October 2016

Masa saya kecil dulu saya suka ikut ayah saya kemana sahaja dengan keretanya. Setiap kali ayah saya mengajak saya menaiki keretanya, dia selalu berpesan kepada saya supaya pakai tali pingang keselamatan. Pada suatu hari, ketika ayah saya mengajak saya untuk ke kedai, saya lupa untuk memakai tali pinggang keselamatan dan kebetulan pada hari itu, ayah saya hampir melanggar seekor kucing yang sedang melintas. Mujurlah ketika itu ayah saya tidak memandu dengan laju dan sempat menekan brek. Ketika itu kepala saya terhantuk disebabkan ayah saya menekan brek secara mengejut. Disebabkan peristiwa itu, saya mula terfikir, mengapa benda seperti ini berlaku. Setelah saya mempelajari fizik, baru saya tahu bahawa hal itu terjadi disebabkan oleh konsep inertia. Sejak dari peristiwa itu, saya sentiasa memakai tali pinggang keselamatan jika saya ingin menaiki kereta.

No comments:

Post a Comment