Saturday, 1 October 2016

Road To Be A Physicist

Assalammualaikum dan salam muafakat Johor,

Cerita saya mungkin jauh berbeza daripada rakan-rakan sekelas yang lain kerana sejujurnya saya tidak mempunyai sejarah atau pengalaman yang membuatkan saya tertanya-tanya tentang fizik.

Ketika berada di tingkatan 4 dan 5, fizik merupakan antara subjek yang mudah untuk diskor berbanding subjek kimia dan biologi. Saya mula meminati fizik apabila meyedari terlalu banyak fenomena alam dan aktiviti harian kita yang berkaitan dengan fizik. Contohnya, tekanan. Tekanan (simbol: P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh, atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan permukaan berkenaan. Semakin kuat daya yang bertindak ke atas permukaan yang diberikan, semakin tinggi tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang disentuh oleh daya berkenaan, maka lebin tinggi tekanan. Sejak mempelajari tekanan, barulah saya faham mengapa ketika menyiram pokok atau membasuh lantai, air akan menjadi deras atau laju jika kita mengecilkan luas permukaan muncung hos air. Selain itu, apabila hujan dan angin kuat, kemungkinan payung yang kita pakai akan menjadi terbalik. Hal ini kerana tekanan dibawah payung yang lebih tinggi menolak payung keatas. Konsep fizik yang menarik ini menimbulkan minat saya untuk mempelajari fizik dengan lebih lagi.

Subjek 'Introduction To Physics' ini menjadikan saya lebih suka berfikir dan memerhati alam sekeliling dan magaitkannya dengan konsep fizik. Sebagai contoh, ketika saya baring di atas katil, saya terfikir mengenai graviti dan luas permukaan kaki katil yang stabil menyebabkan saya tidak jatuh ke bawah atau terapung. Perkara ini pernah diterangkan oleh rakan saya Aqilah dan Mar didalam kelas. Saya begitu teruja apabila dapat mengaitkan apa yang dibelajar didalam kelas dengan kehidupan seharian.

Saya berharap saya dapat mempelajari fizik dengan lebih lanjut supaya saya dapat mengaplikasikannya dalam aktiviti harian.

Maizatul Aqmarisha :)




No comments:

Post a Comment