PELANGI
Assalamualaikum...
Hari tu,saya dan keluarga pergi jalan-jalan,pastu hujan turun dengan lebatnya.Jadi kami sekeluarga pun pergilah cari tempat teduh sementara menunggu hujan berhenti.Dalam setengah jam tu,hujan pun berhenti,kami teruskan perjalanan ke destinasi.Masa saya jalan-jalan,tiba-tiba saya ternampak pelangi di langit,cantik sangat sebab pertama kali tengok pelangi yang nampak di depan mata.Tapi apa yang saya tahu,warna pelangi ada 7.Saya pun ingatlah balik warna-warna tu.'Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara'.Saya terfikirlah kenapa warna yang terbentuk tidak sampai 7,dan macam mana dia terbentuk sehingga mengeluarkan warna.Lepas tu saya baru terfikir pasal konsep pantulan tu.Jadi,apa yang saya dapat selain konsep fizik tu kan saya belajar sesuatu jugak daripada pelangi iaitu setiap kejayaan yang kita inginkan mesti kita kena lalui dulu kesusahan atau kesukaran.Macam pelangi,muncul selepas hujang.:)
No comments:
Post a Comment