Sunday, 4 September 2016

Ariff Latif

Assalamualaikum warga Fizik Industry termasuk Doktor yang mengajar kami.

Fizik


'Physics is Beauty'. Ayat dan pepatah yang selalu digunakan oleh pensyarah saya di Kolej Matrikulasi Pahang iaitu En Ab Rahim dan Madam Li. Dalam kesemua subjek di peringkat matrikulasi Fizik adalah subjek yang saya boleh score berbanding subjek lain.

Ini kerana pensyarah saya yang merangkap guru tutoran sentiasa memberi dorongan motivasi dan semangat kepada semua rakan-rakan saya dan saya sendiri. Saya cukup rapat dengan pensyarah saya yakni En Rahim sehingga saya pernah keluar dengan beliau ketika cuti. Beliau tidak berkira dan sentiasa belanja saya dan rakan-rakan. Saya juga sering ke rumahnya untuk melawat.

Seusai tamat pengajian di matrikulasi, saya bekerja di Pizza Hut Restaurant. Jadi, saya pernah menghantar pizza ke rumah beliau supaya saya dan beliau tidak putus talian sebagai seorang ayah dan anak dan sebagai seorang pelajar dan guru. Saya meminati fizik kerana setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu soalan suatu perasaan ingin menyelesaikan soalan lain turut terbina.

Senang cakap bila faham semangat lah.. hahaha

Hope dekat UTM ni dapat score semua subjek especially fizik. Goodluck Guys and please support us Doctor for our future.

                ' No one undertakes research in physics with intention of winning a prize.
                     It is the joy of discovering something no one knew before. '
                                             - Stephen Hawking -

A little piece of heaven,
Muhammad Al Ariff Bin Abd Latif <3

4 comments:

  1. madam li ngan sir rahim mesti bangga kalau baca ni..coretan daripada pelajar kesayangan la katakan..kah kah kah -syahida-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongsi la dengan madam Li dan Sir Rahim :)

      Delete
  2. saya suka sangat ayat ni! "Saya meminati fizik kerana setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu soalan suatu perasaan ingin menyelesaikan soalan lain turut terbina."

    Terima kasih, dan jom sama-sama teruskan menyelesaikan itu dan ini!

    ReplyDelete
  3. Post yg baru2 taknak komen keee, hahahaha

    ReplyDelete