Sunday, 4 September 2016

Assalamualaikum and hai..
             Aku ada nak share life saya dengan fizik sikit. First of all, aku ni bukan la student yang betul-betul obses dengan fizik. Dulu masa sekolah aku tak ada minat pun fizik sebab aku langsung tak faham apa yang diajar oleh cikgu aku dan aku tak tahu bila nak apply konsep-kensep fizik tu semua. Tapi dekat matrikulasi, aku dapat Module II iaitu aku perlu ambil subjek physics, chemistry, maths and science computer. Pada awalnya, aku nak tukar fizik ke biology tapi mentor aku cakap student fizik pun boleh jadi doktor. tapi saingannya sangat sengit la. And then aku teruskan je dengan module II.

            Untuk semester dua, kuliah fizik aku diajar oleh pensyarah berbangsa Cina. Kita orang sangat suka beliau sebab sikap beliau yang peramah. Walaupun kami tak kenal beliau, beliau tetap akan menyapa kami time berselisih. Ok, itu je. hahahaha,,, Tapi, nak dijadikan cerita. Beliau tak suka budak terengganu and im one of the terengganu's student. Beliau cakap budak terengganu tak boleh nak berdikari, manja la. Kita orang yang budak ganu ni memang sentap la kan. Sape je yang tak terasa kalau kena cop macam tu kan? Kalau ada jadi apa- apa je dalam hall tuu, mesti beliau cakap "budak ganu la tu". Itu boleh dikira ayat yang femes la keluar dari mulut beliau. Sampaikan member aku yang budak ganu tu dah tak nak join dah kuliah fizik. 

          At the end of our semester, beliau cakap la yang sebenarnya beliau saja je cakap macam tu dekat budak ganu. Sebab beliau nak naikkan semangat budak ganu supaya lebih berdikari. Tapi betul la apa yang beliau cakapkan tu. Disebabkan kata-kata beliau yang menusuk kalbu tu, kami try sehabis mungkin untuk buktikan budak ganu pun boleh survive! And yeah, we did it. Kami memang hargai apa yang lecturer kami cuba lakukan yang terbaik untuk kami. Ok tu je yang aku nak share. hahaha. Thanks yang sudi membacanya<3.

No comments:

Post a Comment