Assalamualaikum :) Hai !
Sebenarnya tak expect pun boleh dapat program fizik ni ๐
ni pilihan yang ke-11. Tapi dah rezeki kan. So kena redha laa ๐
Dulu masa tingkatan4 minat sangat dengan fizik sebab faham dan cikgu yang ajar tu sangat baik. Dia tak pernah give up untuk ajar benda yang sama berkali-kali sampai pelajar dia faham. Kalau nak exam pula, lebih selesa study dengan abang sendiri. Lagipun dia boleh dikatakan pandai fizik berbanding saya.
Waktu tingkatan5 pula, saya berpindah ke Penang. Sebab sebelum ni saya tinggal di Johor. Mula dari situ, minat dekat fizik ni makin berkurang sebab mungkin masa tu masih tak dapat nak sesuaikan diri dengan tempat yang baru, kawan baru, cikgu baru, cara pembelajaran yang baru. Cikgu yang mengajar fizik masa tu pula cuma ajar dengan menggunakan slide saja. memang susah hendak faham. Kawan-kawan dekat Johor yang amik fizik pula banyak yang drop fizik bila masuk tingkatan5. Diaorang kata susah. Pernah sekali tu memang rasa macam nak drop fizik juga tapi terfikir, "aku dah berjaya belajar fizik ni setahun. Takkan nak drop macam tu ja masa SPM". Masa SPM buat inisiatif sendiri. Belajar sendiri dengan buku rujukan. Alhamdulillah untuk result fizik masa SPM walaupun hanya sekadar B+ saya rasa bersyukur sangat.
Di matrik pula, saya dapat modul1 yang ada subjek fizik dan sekarang ni dapat masuk program fizik industri. Memang jodoh dengan fizik ni sangat kuat. Terus terang cakap, fizik industri ni pilihan ke-11 dan ni satu-satunya program yang berkaitan dengan fizik dalam kesemua 12 pilihan. Pilihan 1-10 semuanya berkaitan dengan biologi. Mungkin rezeki dengan fizik ni lebih kuat. Semoga dapat bertahan dengan fizik.
~Nurhusna Alhaji
No comments:
Post a Comment