Saya mula mengenali subjek fizik semasa tingkatan 3 lagi. Ketika itu saya tidak sabar-sabar lagi untuk menaiki ke tingkatan 4 untuk belajar subjek fizik. Saya banyak mendengar daripada rakan-rakan saya yang menyatakan subjek fizik ini adalah suatu subjek yang sangat menyeronokkan. Mendengar mereka kata begitu semangat saya untuk belajar fizik semakin berkobar-kobar.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu saya telah menduduki tingkatan 4. Saya pun belajarlah subjek fizik yang saya tunggu-tunggu sebelum ini. Pada mulanya, saya rasa sangat seronok belajar subjek ini lama-kelamaan saya mula hilang minat dengan subjek ini. Saya rasa seperti kena kencing dengan member-member saya yang mengatakan subjek ini seronok jadi aku mengambil keputusan untuk benci dengan subjek ini.
Tingkatan 4 telah pun berlalu kini aku di tingkatan 5 peperiksaan SPM pun semakin dekat. Aku berasa sangat takut dengan keputusan fizik yang akan aku perolehi. Tanpa aku sangka minat aku terhadap subjek ini semakin pulih kerana guru mengajar aku dengan pendekatan yang cukup menarik. Aku semakin faham dengan konsep subjek ini. Bila dah faham minat tu bertambah. Aku memperolehi keputusan yang baik subjek fizik.
Kini aku telah melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik industri di utm. Bagi aku fizik akan berasa seronok bila kita faham dengan apa yang diajar. Bukan sahaja subjek fizik malah subjek-subjek yang lain pun begitu kalau faham perasaan seronok itu sendiri akan datang bagi pendapat aku. Kalau ayat tak faham atau cerita tak menarik boleh komen dekat ruangan komen.
No comments:
Post a Comment