Assalamualaikum..
Perkenalan saya tentang subjek fizik bermula ketika saya berumur 16 tahun. Pada mulanya saya memang tidak menyukai subjek fizik kerana pada pendapat saya fizik merupakan subjek yang sukar untuk difahami. Namun begitu saya tetap mencuba untuk mendekati dan memahami fizik di sekolah namun keputusannya saya tidak berjaya mendapatkan keputusan yang baik didalam keputusan peperiksaan SPM.
Setelah melanjutkan pelajaran di matrikulasi saya mencabar diri saya sekali lagi untuk mengambil mata pelajaran fizik. Di matrikulasi, pensyarah telah mengajar subjek ini dengan menggunakan kaedah yang menarik seperti menambahkan ilmu pengetahuan am dan secara tidak langsung telah membuat saya rasa berasa seronok untuk mempelajari fizik. Beliau juga telah membuatkan saya berasa betapa besarnya ilmu Allah ini sehingga membuatkan saya berasa tidak cukup dan ingin terus mendalami ilmu ini. Alhamdulillah berkat dorongan dan ajaran dari pensyarah dan kawan - kawan di matrikulasi, saya berjaya mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan di matrikulasi. Saya berharap di UTM ini saya dapat terus mempelajari dan memahami ilmu ini serta dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan seharian.
Tahniah, anda akan lebih berjaya dari sehari ke sehari dengan teruskan sikap yang amat positif ini ; mencabar diri.
ReplyDeleteInsyaAllah.