Fizik... Kau & Aku
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia, salam sehati sejiwa dan salam utm sanjungan bangsa. Secara jujurnya saya tak minat fizik pun. Pada mulanya sebagai student saya hanya ingin belajar sahaja. Keputusan peperiksaan pun sebenarnya di luar dugaan saya. Tapi alhamdulillah saya dapat memahami fizik dengan mudah bantuan guru saya. Jika saya tidak memahami sesuatu benda yang berkaitan dengan fizik saya akan tetap berusaha sedaya upaya dan bertanya guru jika ingin tahu lebih lanjut tentang apa-apa tajuk sekalipun.
Apa yang saya tahu, fizik ini sentiasa ada dalam kehidupan seharian kita dan kita sentiasa menhadapinya. Tak kira samada kita duduk, baring atau buat apa-apa benda yang kita suka. Jadi, di situlah saya dapat tahu bahawa fizik ini sangat menarik perhatian saya dan saya cuba untuk belajar lebih mendalam lagi tentang fizik. Bersama-samalah kita belajar tentang fizik dan menjadi saintis yang hebat dan termasyhur ye semua. Fighting!!!!
Yeah, fighting!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteJyeahh fighting !
ReplyDeleteJyeahh fighting !
ReplyDelete