Sunday, 4 September 2016

Physics Ohhh Physicss πŸ’‹

   Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua... 🌹🌹🌹

Maaf ya, saya ni kurang pandai mengarang, nak buat ayat panjang-panjang. Hehe πŸ˜‚πŸ˜‚

Asalnya saya langsung tidak meminati subjek Fizik. Saya rasa Fizik itu susah. Sejak zaman SPM lagi saya tidak meminati subjek ini.

Bilakah saya mula meminati subjek Fizik?
Haaaaa. Sejak saya memasuki alam Matrikulasi.
Tapi, saya tidak mahu belajar Fizik, mungkin masih lagi takut dengan sejarah silam masa SPM dulu kot. 😝

Semasa di Matrikulasi, saya telah mendapat modul 1.
Tetapi, saya berusaha untuk bertukar ke modul 3 sebab tiada subjek Fizik. Namun begitu, permohonan saya tidak diluluskan.. Sedih bukan? πŸ˜”πŸ˜”

Saya tiada pilihan lain melainkan teruskan usaha dan belajar bersungguh-sungguh walaupun tidak berjaya untuk bertukar ke modul 3.

Pada awalnya, saya masih tidak menunjukkan minat terhadap subjek ini.
Namun, mujur pensyarah Fizik saya merupakan seorang pensyarah yang garang. Saya sering dimarahi kerana tidak meminati subjek Fizik sehingga pernah beliau berkataaaa.....

      "Kalau kau taknak belajar Fizik, baik kau keluar je matrik ni."

Pada waktu itu, saya rasa sangat sedih.. Saya mula berfikir.. Saya mesti lakukan sesuatu. Saya mesti buktikan pada beliau bahawa saya juga boleh berjaya. Bermula dari hari itu, saya mula berubah menjadi seorang pelajar yang rajin bertanya meskipun soalan yang ditanya itu kadang-kadang tidak masuk akal. Soalan yang senang pun saya tanya juga. Biarlah orang nak kata apa pun. Abaikan semua kata-kata negatif orang lain. Malu bertanya, sesat jalan. Betul tak?? 😊😊

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kesungguhan dan sikap tidak mudah putus asa, akhirnya saya berjaya membuatkan kedua-dua pensyarah Fizik saya bangga dan tersenyum bahagia. Sekarang saya amat meminati dan mencintai subjek Fizik. Saya memang nekad untuk mendalami lagi ilmu Fizik ini dengan memilih program Fizik Industri di UTM dan program ini merupakan pilihan pertama saya ketika mengisi borang UPU.

Alhamdulillah, akhirnya saya diterima untuk melanjutkan pelajaran di universiti impian saya dengan kos yang saya mahukan. 😍😍

Terima kasih semua kerana sudi membaca coretan saya yang biasa-biasa sahaja ini.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

->Diya 🌸

No comments:

Post a Comment