FIZIK DAN KEHIDUPAN SAYA.
Assalamualaikum dan selamat petang kepada pensyarah saya dan kawan2 seperjuangan sekalian.Fizik merupakan satu subjek yang baru dalam hidup saya.Saya beranggapan bahawa fizik sesuatu yang mudah di fahami,tapi saya salah.Pada peringkat sekolah menengah,saya antara orang yang dikehendaki oleh guru fizik kerana sering gagal dalam matapelajaran tersebut.Beralih kepada peringkat matrikulasi,saya bertemu semula dengan subjek fizik.Saya ingatkan inilah pengakhiran bagi fizik dan masa depan saya.Mula2,saya belajar fizik sedikit demi sedikit.Lama kelamaan,saya mendapati fizik sangat best dan saya berani mengambil subjek ini sebagai peluang untuk masa depan yang lebih cerah.Semasa mengisi borang upu,saya mengambil mata pelajaran fizik dan matematik sebagai subjek teras untk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang seterusnya dan Alhamdullilah saya dapat matapelajaran fizik yang saya minta.Jadi,saya harap keputusan saya untuk saya jadikan fizik sebagai subje teras tidak sia2.
#LOVEPHYSICSLOVEYOURSELF
No comments:
Post a Comment